Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah...
Kita tinggalakan tahun 1429 Hiriah dalam keadaan dunia dirundung kegawatan ekonomi dengan pelbagai kesan negatifnya.Dalam suasana begini, kita perlu mengukuhkan daya ketahanan kita demi menghadapi tahun 1430 hijriah yang dijangkakan lebih mencabar lagi.Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran yang memerlukan kita kembali kepada perkara-perkara asas yang dianjurkan oleh agama kita.Kita perlu menjiwai dan mengamalkan sikap berjimat dan berhemah dalam berbelanja, mementingkan usaha mencari ilmu serta peningkatan kemahiran dan meonjolkan semangat setiakawan yang ikhlas dan sejati dalam membantu golongan miski dan kurang bernasib baik.Di dalam kita meraikan Zikral Hijrah, marilah kita peringati peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W. dari Makah ke Madinah yang cukup simbolik dan mengajar umat islam agar bersikap yakin diri , proaktif serta bertaqwa dalam melepaskan diri dari dibelenggu keresahan dan kedukaan agar kita terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dan berusaha untuk menuju keupayaan diri yang lebih cemerlang, insya'allah...